
Pada
April 1977, pukat kapal nelayan Jepun Zuiyo Maru menarik naik sesuatu
yang aneh dari dasar laut dekat New Zealand. Ianya adalah seekor haiwan
laut misteri berukuran 14m panjang dan nampak seperti raksaksa laut
zaman purba. Kelasi kapal menarik naik bangkai haiwan pelik itu dan
mengambil beberapa keping gambar sebelum nakhoda kapal memerintahkan
supaya bangkai itu dibuang kembali ke laut untuk mengelakkan ia dari
mencemarkan tangkapan yang lain.
Selepas tiba ke Jepun, gambar
yang diambil diteliti oleh Prof Tokio Shikama, seorang pengkaji haiwan
purba Universiti Yokohama dan beliau mengistiharkan bahawa bangkai itu
bukan dari sebarang spesis ikan atau mamalia yang diketahui. Malahan,
beliau mengesyorkan bahawa ada persamaan antara bangkai itu dengan
haiwan laut purba pleisiosaurus yang sepatutnya telah pupus lebihkurang
100 juta tahun yang lalu.
Beberapa kapal lain cuba mencari
kembali bangkai tersebut tetapi tidak berhasil. Alangkah malangnya
kerana satu bangkai haiwan yang telah pupus nilainya tidak terkira jika
dibandingkan dengan tangkapan ikan bot yang terbabit.

Jika
benar haiwan ini adalah raksaksa purba yang masih kekal sehingga
baru-baru ini, maka ini bukti bahawa segala teknologi yang kita ada
masih gagal membongkar segala yang ada di bumi ini, apatah lagi mengenai
perkara-perkara ghaib yang nampaknya begitu mudah ditolak oleh manusia
yang kononnya berpemikiran moden.
No comments:
Post a Comment