Saturday, 23 March 2013

Pekerja tol maut rempuh bas ekspres


23/03/2013 1:39pm

KAJANG - Seorang pekerja tol maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah bas ekspres yang berhenti di Kilometer 24.5 Lebuh Raya Silk dari arah Putrajaya menghala ke Kajang dekat Plaza Tol Sungai Ramal di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Nor Apizi Md. Isa, 32 berasal dari Taman Pandan Indah, Kuala Lumpur yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dipercayai gagal mengelak bas ekspres yang diletakkan di laluan kiri lebuh raya berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab, berkata, mangsa yang memandu kenderaan itu seorang diri maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu

No comments:

Post a Comment