Sunday, 24 March 2013

Kos bina stadium Piala Dunia di Salvador naik AS$50 juta


24/03/2013 2:56am

RIO DE JANEIRO - Kos membina Arena Fonte Nova di Salvador yang menjadi salah sebuah stadium Piala Dunia 2014 akan meningkat sebanyak AS$50 juta (RM155.6 juta) berbanding perancangan awal, lapor media Brazil sema lam.
Kos membina stadium tersebut adalah sekitar AS$296 juta (RM921.3 juta) apabila perjanjian mengenainya dimeterai pada Januari 2010 oleh pentadbiran negeri Salvador dan dua firma swasta.
Kedua-dua firma berkenaan memberitahu, kos tambahan itu disebabkan oleh syarat-syarat teknikal baharu yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). - AFP

No comments:

Post a Comment