Sunday 24 March 2013

Wang tebusan RM303,500 dibayar untuk bebaskan warga Australia


24/03/2013 1:54pm

ZAMBOANGA - Sebuah kumpulan militan Islam di selatan Filipina telah dibayar sebanyak AS$97,750 (RM303,500) untuk membebaskan seorang warga Australia, Warren Rodwell, selepas 15 bulan ditawan.
Naib Gabenor daerah Basilan, Al Rashid Sakalahul, memberitahu bahawa dia telah bertindak selaku perantara bagi membebaskan Rodwell. Rundingan itu dilakukan dengan ketua kumpulan ekstremis yang digeruni dan terkenal dengan tindakan memancung kepala mangsa yang ditawan.
Rodwell, 54, yang merupakan bekas tentera telah ditawan kumpulan militan itu pada 5 Disember 2011. Dia dibebaskan di bandar pelabuhan Pagadian, Mindanao Sabtu lalu selepas kumpulan tersebut meninggalkannya bersendirian di dalam sebuah bot di perairan antara Basilan dan Pagadian. Rodwell diminta untuk mendayung sendiri bagi menyelamatkan diri.
"Rundingan itu sangat sukar, namun akhirnya, dengan izin Tuhan, kami berjaya memastikan Rodwell bebas," ujar Rashid yang turut meminta agar harga tebusan dikurangkan. - AF

No comments:

Post a Comment