Tuesday, 26 March 2013

Nuri dinaik taraf untuk bantu operasi tempur ATM


26/03/2013 4:15pm

LANGKAWI - Kementerian Pertahanan akan menaik taraf kesemua 30 helikopter Nuri agar boleh diguna dalam membantu misi tempur untuk tempoh 12 tahun lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar pada Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim (LIMA'13) hari ini berkata, proses naik taraf ini melibatkan penggantian kepada sistem paparan digital, kotak gear termaju dan bilah kipas.
Difahamkan keseluruhan program ini melibatkan kos kira-kira RM500 juta yang akan dilakukan oleh firma selenggaraan pesawat tempatan.

No comments:

Post a Comment