Tuesday, 26 March 2013

SEJARAH ASAL USUL NINJA DI NEGARA JEPUN

 Shinobi dan rappa adalah contoh nama lain yg merujuk kepada satu istilah "NINJA" yang terkenal diseluruh dunia. Ninja merupakan salah satu seni bela diri yang paling tua di negara matahari terbit iaitu Jepun. Ia di kesan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu sekitar DINASTI NARA di negara Jepun...Kewujudan ninjutsu di negara jepun adalah sangat misteri dan mempunyai pelbagai teori... Ada yang mengatakan ia berasal dari seni perang china iaitu melalui skroll SUN TZU OF ART WAR. Ada yang mengatakan ia dari ONI penunggu gunung (jin gunung) yang dikenali sebagai TENGU. Tetapi ramai pakar sejarah bersetuju bahawa NINJUSTU dicipta oleh seorang PERTAPA (SAGE) yang dikenali sebagai EN NO GYOJA sekitar tahun 710 AD hingga 788 AD,menyamai terciptanya ritual SHUGENDO di Jepun.
       En no Gyoja merupakan pengasas ajaran SHUGENDOU . Beliau berjaya mencipta SHUGENDOU setelah bertapa 1000 hari di Gunung YOSHINO dan Gunung HANDA. Setelah berjaya menguAsai SHUGENDOU beliau mempunyai kebolehan luar biasa seperti sihir , mempunyai kuasa yang mampu memanipulasi pelbagai jenis jin dan iblis (oni,ayakashi,yokai) sebgai hambanya dan sebagai senjatanya dan juga mampu mengawal tenaga dalam seperti reiki dan chakra. Pada suatu hari, En no Gyoja bertemu dengan TENGU (jin gunung) semasa bertapa..Beliau meminta TENGU mengajarinya pelbagai ilmu tempur yang misteri kepadanya. TENGU adalah ONI yg terkenal dan pakar dalam pelbagai senibela diri mengajar EN no GYOJA ilmunya. Berbekalkan ilmu tempur daripada TENGU, EN NO GYOJA berjaya mengabungkan pengetahuan SHUGENDO nya dengan ilmu tempur TENGU lalu terciptalah sebuah seni bela diri yang dikenali sebagai "NINJUTSU" pada hari ini, EN NO GYOJA sering mengembara dari gunung ke gunung untuk bertapa dan menyebarkan NINJUTSU kepada orang kampung dan juga kepada YAMABUSHI (Pendekar Gunung).
        Semenjak hari itu maka tersebarlah senibela diri NINJUTSU di tanah Jepun. Kebanyakan ninja mengamalkan prinsip yang dipegang oleh Shugendou iaitu " Memupuk Kuasa semulajadi ,hidup harmoni bersama dewa-dewa dan memupuk hati yang murni ".Selain itu , kebanyakan ninja memegang falsafah TOH SHIN DOU iaitu "Hati Tulen Seperti Pedang". Tetapi semuanya mengalami perubahan setelah kedatangan agama Shinto ,Buddha,Taoisme dan confucius di Jepun.Setelah sekian lama NINJUTSU bertapak dinegara Jepun maka NINJUTSU itu sendiri mengalami evolusi dan perubahan. Setelah pelbagai perubahan berlaku, maka NINJUTSU di jepun mula terbahagi kepada pelbagai aliran.Tiga aliran yang paling popular kita itu adalah FUUMA RYU ,KOUGA RYU dan IGA RYU. Ia dikuasai oleh 3 PUAK NINJA yang paling terkenal di jepun iaitu PUAK FUUMA , PUAK KOUGA dan PUAK IGA. 
     Aliran Ninjutsu yang pertama wujud adalah aliran FUUMA RYU yang diasaskan oleh puak FUUMA itu sendiri. FUUMA RYU sangat misteri kerana sehingga hari ini tidak diketahui siapa pengasasnya.FUUMA RYU dikatakan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu menyamai tahun wujudnya NINJUTSU di dunia.Berkemungkinan besar FUUMA RYU adalah ninjutsu kuno yang dicipta oleh En No Gyoja terus kepeda puak FUUMA.Setelah 300 tahun berlalu maka wujud pula Aliran NINJUTSU yang dikenali sebagai KOUGA RYU yang dipegang oleh puak KOUGA. MOCHIZUKI SABURO dikatakan merupakan pengasas KOUGA RYU iaitu sekitar tahun 939 AD. MOCHIZUKI SABURO mempelajari ninjutsu daripada seorang YAMABUSHI (pendekar gunung) bernama TATSUMAKI HOSSI. MOCHIZUKI SABURO menguasai NINJUTSU yang dipelajarinya dan mencipta aliran ninjutsu itu sendiri iaitu KOUGA RYU.. Setelah itu MOCHIZUKI SABURO menukar nama familynya MOCHIZUKI kepada KOUGA. Selain itu .nama KOUGA RYU diambil sempena nama  tempat yang didiami oleh puak Mochizuki itu sendiri iaitu KOUGA .Selang 170 tahun kemudian, muncul pula Ninjutsu aliran baru yang dipanggil IGA RYU yang bertapak disuatu kawasan yang dikenali sebagai IGA (bersebelahan dengan kawasan KOUGA). Pada tahun 1030 IGA RYU wujud dan diasaskan oleh 2 orang ninja yang bernama FUJIWARA CHIKADA dan HOGENBO TESSHIN.Meraka berdua mempelajari ilmu tempur daripada Panglima Perang yang bernama IKAI sama. IKAI sama merupakan seorang KETUA PANGLIMA PERANG dari Tanah Besar CHINA yang melarikan diri ke Jepun. Berdasarkan ilmu tempur yang dipelajarinya, FUJIWARA CHIKADA dan HOGENBO TESSHIN berjaya mencipta NINJUTSU aliran IGA RYU dan seterusnya dikuasai oleh puak IGA. Setelah 3 aliran Ninjutsu wujud iaitu FUUMA RYU,KOUGA RYU dan IGA RYU di negara jepun, maka banyaklah sekolah NINJA dan SAMURAI dibuka diseluruh jepun bagi mempelajari Ninjutsu.Semenjak itu, maka lahirlah banyak ninja yang handal ketika itu dan Ninjutsu pelbagai aliran tersebar diseluruh Jepun.
       Pada Kurun 16, wujud pula satu aliran kecil dalam Puak KOUGA iaitu KUNOICHI RYU. KUNOICHI RYU diasaskan oleh Ninja KOUGA sendiri iaitu MOCHIZKI CHIYOME. CHIYOME adalah ninja wanita pertama didunia, mencipta ninjutsu khas untuk kaum wanita.CHIYOME mempunyai satu pasukan ninja yang terdiri daripada Kunoichi (ninja perempuan sahaja). Kebanyakan orang salah anggap kerana mengangap Ninja terdiri daripada RONIN (samurai buangan yang di buang oleh tuannya).Sedangkan yang sebenarnya Ninja terdiri daripada YAMABUSHI (pendekar gunung) yang mendiami kawasan sekitar gunung. Ninjutsu yang dipelajari pada zaman itu merangkumi Shurikenjutsu (seni lempar kunai dan shuriken, ninjutsu asas (kawarimi,henge,jalan atas air dan lain), Taijutsu (seni tempur tanpa senjata),Kenjutsu (seni pedang),Soujutsu (seni senjata tumpul seperti kayu ,cota dan lembing) Kusarijutsu (seni senjata bertali seperti sabit berantai,nunchaku) dan genjutsu (seni sihir,ilmu khayalan,penggunaan yokai dan ayakashi).
     Setelah Ninjutsu berkembang di Jepun, banyak peperangan dan perebutan kuasa berlaku. Ninja sering digunakan oleh Tuan, DAIMYO dan SHOGUN untuk menguasai sesuatu kawasan dan menyebarkan pengaruh. Terdapat 3 puak yang sering terlibat dalam peperangan dan pembunuhan iaitu Puak KOUGA ,IGA dan FUUMA , mereka sentiasa bermusuhan sesama  mereka. Puak FUUMA paling dibenci oleh semua ninja kerana mereka terkenal dengan tipu muslihat yang licik..Puak IGA dan KOUGA sering berperang dengan puak FUUMA yang dipimpin oleh NINJA yang kejam iaitu FUUMA KOTARO. Manakala puak IGA terkenal dengan 3 orang jounin mereka iaitu FUJIBAYASHI NAGATO, MOMOCHI SANDAYU dan juga ninja lagenda HATTORI HANZO.  Selain itu, ISHIKAWA GOEMON juga terkenal sebagai ninja IGA yang tidak diiktiraf tetapi banyak memberi sumbangan kepada puak IGA dan sejarah ninja. Di kalangan PUAK  KOUGA pula, nama ninja lagenda seperti SARUTOBI SASUKE sangat terkenal dan digeruni musuh. Malahan ninja Kouga yang lain seperti MOCHIZUKI CHIYOME dan KIRIGAKURE SAIZO banyak membantu dalam menjaga kegemilangan puak KOUGA.  HATTORI HANZO juga pernah melahirkan ninja yang handal mengunakan pedang samurai yang dikenali sebagai YAGYU JUBEI.

No comments:

Post a Comment