Sunday, 24 March 2013

Gagal kuasai BI punca penuntut IPT tempatan gagal sesi temu duga


KOTA BHARU 24 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang didapati masih lemah menyebabkan mereka sering kali gagal dalam sesi temu duga.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, selain lemah bahasa Inggeris, siswazah IPT tempatan juga dikatakan memiliki tahap berkomunikasi yang rendah dan perkara tersebut diakui serta sering kali dibangkitkan oleh pihak industri.
"Di atas kegagalan itu mereka akhirnya gagal mendapat pekerjaan walaupun berulang kali menghadiri temu duga.
"Pelajar kita ini dari segi peperiksaan mereka bagus, dari segi penguasaan dan komunikasi mereka lemah. Mereka boleh menjawab soalan, tetapi bercakap, temuduga, ceramah tidak sampai tahap yang memuaskan. Kita akan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kebolehpasaran Graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota universiti berkenaan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment