Saturday, 23 March 2013

Transformasi alaf 21 majukan masyarakat luar bandar - Najib


23/03/2013 2:11pm

KUALA LIPIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan kawasan luar bandar berkonsepkan pembinaan projek perumahan dan ekonomi pada alaf 21 merupakan transformasi kerajaan dalam memastikan kehidupan masyarakat luar bandar setanding di bandar.
Katanya, transformasi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu hingga kini itu juga bagi memastikan masyarakat luar bandar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan seterusnya menikmati pendapatan RM1,000 ke atas sebulan.
"Konsep pemodenan ini telah berjaya di mana landskap dah berubah di kawasan luar bandar termasuk di Felcra, Felda dan Risda,” katanya ketika berucap merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, dekat sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment