Sunday, 24 March 2013

Hamid Karzai bincang perdamaian dengan Taliban


24/03/2013 5:13pm

KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai akan berangkat ke Qatar dalam masa beberapa hari ini untuk berbincang tentang isu perdamaian dengan pihak Taliban. Dalam pengumuman yang dibuat Kementerian Luar Afghanistan hari ini, usaha tersebut adalah untuk meningkatkan peluang penyelesaian terhadap peperangan yang kini sudah masuk tahun ke-12.
Pertemuan untuk membincangkan perkara itu dengan Taliban di Qatar merupakan usaha sulung Presiden Afghanistan itu untuk mencari titik perdamaian selepas pertemuan sebelum ini antara Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan dengan Taliban tidak menunjukkan sebarang hasil.
Karzai sebelum ini menuduh AS mengadakan perbincangan dengan Taliban tanpa melibatkan kerajaan Afghanistan. - Reuters

No comments:

Post a Comment