23/03/2013 1:16pm
LANGKAWI - Masa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) akan dilanjutkan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2013) selama lima hari mulai 26 Mac ini.
Pengurus LTAL, Abdul Halim Othaman berkata, waktu operasi dilanjutkan dari 6 pagi hingga 12 malam berbanding 7 pagi hingga 11 malam sebelum ini.
“Pihak pengurusan LTAL juga bersedia melanjutkan lagi masa operasi bergantung kepada permintaan penganjur LIMA 2013,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment