Sunday, 24 March 2013

Polis sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram ditahan di Semporna



LAHAD DATU 24 Mac - Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima kumpulan pengganas Kiram yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia lewat 40-an yang juga 'menteri pertahanan Sulu' itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment