Sunday, 24 March 2013

Rajagobal masih selamat


K. Rajagobal
SHAH ALAM - Lega. Itu ayat yang paling tepat untuk merumuskan betapa bernilai kemenangan 2-1 Harimau Malaya ke atas Yemen dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015 buat pengendalinya, Datuk K. Rajagobal.
Malah, kejayaan itu memastikan beliau masih selamat untuk mengendali skuad Harimau Malaya sekurang-kurangnya sehingga pertemuan menentang Bahrain pada 15 Oktober dan 15 November.
Kontrak Rajagobal hanya akan berakhir pada hujung tahun ini.
Melalui riak muka yang ditunjukkan pada sidang akhbar kelmarin, jelas Rajagobal tidak dapat menyembunyikan kegembiraan sambil memberi amaran bahawa beliau akan meneruskan komitmen sebagai jurulatih biarpun diberi tekanan daripada pelbagai pihak.
''Kemenangan ini memang cukup melegakan dan saya tidak pernah hilang kepercayaan kepada pemain serta sentiasa berfikiran positif.
''Saya sudah melalui pelbagai situasi sebelum ini. Walaupun berada dalam masalah, saya sama sekali tidak akan lari daripada tanggungjawab dan menjadi seorang pengecut kerana saya bukan begitu," katanya yang ditemui selepas perlawanan Malaysia dan Yemen.
Rajagobal seharusnya berterima kasih kepada Khyril Muhymeen yang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80, sekali gus membuka peluang Harimau Malaya bersaing merebut dua tempat teratas dalam Kumpulan D untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di Australia.
Beliau juga menghambur pujian kepada pemain yang tidak cepat berputus asa walaupun ketinggalan pada minit ke-12.
''Saya akui gol pertama Yemen diperolehi atas kecuaian kita namun selepas gol penyamaan berjaya dicari, situasi itu memberikan satu kelegaan buat kami dan keyakinan pemain mula meningkat untuk lebih banyak menyerang.
''Gol kedua memberi perbezaan besar dalam perlawanan ini setelah lawan banyak menyerang melalui serangan balas yang bahaya terutama pada separuh masa pertama."
Begitupun beliau mengakui, ketumpulan penyudah masih menjadi kebimbangan setelah deretan peluang yang diperolehi tidak dimanfaatkan barisan penyerang yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha.
''Pemain sepatutnya perlu lebih agresif di depan pintu gol dan Norshahrul terlepas beberapa peluang terbaik mendapatkan gol sebelum kita berjaya raih gol kedua.
''Namun, secara keseluruhan saya rasa prestasi pemain tetap baik seperti Azamuddin Akil dan Wan Zack Haikal, manakala Safiq Rahim menunjukkan peranan baik sebagai kapten, " katany

No comments:

Post a Comment