Tuesday, 26 March 2013

Pasukan TD Diiktiraf Pakar


Pasukan Khas ATM Diiktiraf Pakar Dalam Peperangan
                                                                      
Tentera Konvensional di seluruh dunia amat pelik dengan bentuk latihan yang dijalankan di dalam hutan oleh Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat dan Unit Elit TD..

Keupayaan tentera kita bertempur di medan perang diiktiraf oleh pemimpin antarabangsa dan Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu-satunya organisasi yang belum pernah ditewaskan lagi..

  1. Sebut sahaja tentang 10 Briged Para,semua kagum dengan Briged yang dianggap elit dalam ATM..10 Briged Paratroopers merupakan satu unit khas yang ditubuhkan untuk menangani ancaman Parti Komunis Malaya atau PKM suatu masa dahulu..

  1. Briged Para asalnya adalah unit infantry biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit paying terjun di dalam Angkatan Tentera Malaysia-ATM..

  1. 10 Briged Para mempunyai pelbagai kelebihan dan kemahiran di dalam menangani persekitaran perang ranjau/masa kini..Unit elit ini akan dikejarkan ke sesuatu kawasan konflik dalam masa yang amat pantas dan singkat sejajar dengan cogan kata Briged ini – Tindak Pantas ..

 10 Briged Para semasa menjalankan operasi


 TINDAK PANTAS


  1. 10 Briged Para juga diiktiraf sebagai pasukan elit paying terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan di luar negara,etc. Delta Force..10 Briged Para memakai beret merun yang juga dikenali sebagai Pegasus (unit paying terjun British semasa Perang-Dunia Ke-2)..

  1. Kesiapsiagaan 10 Briged para diaturgerakkan ke suatu lokasi memang tidak boleh dinafikan..Sebagai contoh,anggota-anggota 10 Briged ini pernah menjalankan operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala,Sabah dijalankan..

  1. LATIHAN SEMANGAT WAJA merupakan ujian fizikal sebelum seseorang itu ingin menyertai pasukan ini sebelum layak menerima beret Pegasus dan Sayap Berdarah..

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
  1. Senaman perang
  2. Larian hutan berpaya
  3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
  4. Pelaksanaan serbuan khas
  5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
  6. Latihan abseilling
  7. Latihan rapelling
  8. Junam selesa
  9. Jalan laju 22 kilometer
  10. Mendaki Gunung Ledang
  11. Ikhtiar hidup
  12. Pandu arah 33 kilometer
  13. Berjalan lasak 65 kilometer
  14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
  15. Berlari sejauh 7 kilometer
  16. Merentas desa
  17. Larian balak
  18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
  19. Larian 42 kilometer
  20. Kawad tempur seksyen dan platun
  21. Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan khas pula meliputi:
  1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
  2. Latihan payung terjun
  3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
  4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
  5. Kursus penembak tepat
  6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
  7. Kebolehan menembak
  8. Menembak pantas
  1. Setelah berjaya menamatkan kursus,upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah oleh Panglima 10 Briged Para..

  1. GGK(Gerup Gerak Khas)

  1. GGK merupakan satu pasukan elit dalam ATM dan Komando Elit yang disegani ramai..Pasukan ini beroperasi di Kuala Kubu Bharu dan Sungai Udang,Melaka..
 GGK di Dataran Kem Sg. Udang


  1. Pegawai-pegawai yang terpilih selepas latihan asas Komando akan dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus khas seperti operasi-operasi khas renjer, knik amfibia,penyusupan lintas udara,penerjunan bebas dan banyak lagi..

  1. GGK juga kerap mengadakan latihan bersama pasukan elit dari negara lain seperti Kopassus TNI-AD dari Indonesia,Special Service Group dari Pakistan, Special Air Service dari Australia,Britain,Delta Force serta Green Berret (United States of America)..
 GGK - Pakar Peperangan dalam Hutan


  1. Sebelum mereka dipilih menjadi KOMANDO,mereka perlu melalui beberapa fasa latihan yang memeritkan..Mereka dikehendaki berjalan dengan jumlah keseluruhan fasa latihan 900km..

  1. Mereka hanya berbekalkan lilin,parang,beberapa batang mancis dan seluar dalam..Fasa terakhir latihan mereka dikehendaki berdayung sejauh 100km menuju ke kawasan operasi..


  1. Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh daripada ditangkap..Inilah yang dinamakan Escape & Evasion..

  1. Jarak mereka melarikan diri adalah sejauh 240km..!!Masa yang diberi adalah kira-kira 5 hari untuk mereka melarikan diri dan tidak boleh tidur atau leka sepanjang E&E untuk mengelak dari ditangkap..

  1. Operasi Khas:  Pada tahun 1966,ramai di antara pengganas komunis berjaya ditumpaskan dan dibunuh,senjata api serta kelengkapan mereka dirampas oleh Komando Malaysia..

  1.  Pada tahun 1993,GGK serta RMAD (Rej Askar Melayu DiRaja) terlibat dalam operasi berprofil tinggi dalam tugas menyelamat pasukan renjer dan elit Delta Force US yang terperangkap di dalam pertempuran dengan tentera militan Jeneral Frah Aidid di Pasar Bakhara..Mogadishu,Somalia..

No comments:

Post a Comment