Wednesday 20 March 2013

Ferdinand masih berpeluang wakili England - Lampard


LONDON 20 Mac - Frank Lampard percaya Rio Ferdinand masih mempunyai peluang untuk beraksi buat England selepas pemain pertahanan itu menarik diri daripada skuad kebangsaan minggu ini.
Penguru England, Roy Hodgon telah memanggil Ferdinand buat kali pertama bagi menghadapi San Marino dan Montenegro dalam kelayakan Piala Dunia, bagaimanapun pemain berusia 34 tahun itu menarik diri dengan alasan kurang cergas.
Ferdinand telah memperoleh cap ke-81 ketika menentang Switzerland pada kelayakan Euro 2012 Jun 2011.
Walaupun menarik diri, pertahanan Manchester United itu tetap berharap dapat mewakili negaranya dan Lampard berkata dengan prestasinya sekarang dia masih mempunyai peluang. - AFP

No comments:

Post a Comment