Friday 22 March 2013

Kalimah Allah: Guan Eng diminta tanda tangan surat


BERATUS-ratus ahli pertubuhan Islam Pulau Pinang berarak dari hadapan Masjid Simpang Enam menuju ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi membantah isu kalimah Allah, di Komtar, Georgetown hari ini. - UTUSAN
PULAU PINANG 22 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang menghantar sepucuk surat untuk ditandatangani oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Surat itu disampaikan oleh Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun kepada wakil Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli bagi mendapatkan tanda tangan Setiausaha Agung DAP itu dalam tempoh dua minggu.
Abdul Ghani berkata, beliau mahu Guan Eng membaca dan memahami isi kandungan surat tersebut dan kemudian menurunkan tanda tangan serta tidak mengulangi keceluparannya yang boleh mencetuskan kemarahan uamt Islam seluruh negara, terutama di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment