Berdasarkan kedudukan, skuad Harimau Malaya menduduki ranking ke-159 dunia, lebih baik berbanding lawan yang berada di tangga 165, namun Rajagobal lebih selesa untuk mempersiapkan pasukan sendiri berbanding memikirkan corak permainan yang bakal dipamerkan pencabar itu.
Saya ke Bahrain dan lihat perlawanan mereka. Mereka lawan yang bagus dan lebih kurang dengan pasukan lain di sana (Timur Tengah). Ketika perlawanan itu, saya mendapati Bahrain sukar untuk mendapatkan gol.


Saya hanya perlu menyiapkan pasukan dan memikirkan corak permainan bagaimana yang perlu kita main. Bila kita sudah tahu corak permainan Yaman, kita perlu buat sesuatu untuk bermain dan mendapatkan keputusan baik.

Rehat lebih seminggu

Kita kena terus berlatih mempersiapkan pasukan dan beritahu pemain, apa yang perlu dibuat. Yang penting jangan fikir tentang pasukan lawan tetapi fikir kepada pasukan sendiri, katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Bagaimanapun, dalam senarai 27 pemain yang dipanggil Rajagobal, empat daripada mereka - Aidil Zafuan Abd Radzak, K Reuben, Amir Ridzwan Taj Tajudin dan Wan Zack Haikal Wan Nor - belum pasti dapat beraksi selepas mengalami kecederaan.
Saya lihat kecederaannya (Wan Zack) agak teruk dan maklumat daripada fisio, dia mungkin terpaksa berehat lebih daripada seminggu. Sekarang saya akan tengok balik dalam tempoh sehari dua ini terutamanya selepas pemain lain menyertai pasukan.

Sebab itu saya panggil 27 pemain. Yang mana pemain yang dirasakan boleh, saya akan beri peluang kepada mereka dan akan lihat pemain dalam senarai menunggu, katanya.