Monday, 1 April 2013

Piala AFC: Kelantan mahu atasi Da Nang FC


PENYERANG Kelantan, Mohd. Faiz Subri (dua kiri) bersama ketua pasukan SHB Da Nang, Gaston Marlo mememang selepas sidang akhbar sebelum pertemuan kedua-dua pasukan dalam Piala AFC, di Kota Bharu hari ini. Hadir sama, Bojan Hodak (kiri). - UTUSAN
KOTA BHARU 1 April - The Red Warriors bertekad untuk meneruskan rentak kemenangan ke atas pendahulu Kumpulan G, SHB Da Nang FC dalam aksi Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, kemenangan dalam tiga aksi terdahulu iaitu Ayeyawady United FC (Piala AFC), PKNS (Piala FA) dan Angkatan Tentera Malaysia (Liga Super) menyemarakan lagi semangat barisan pemainnya untuk meneruskan rentak cemerlang pada pertemuan ini.
Meskipun bakal berdepan cabaran sengit dari pihak lawan, namun Hodak melaungkan keyakinan pasukannya mampu meraih tiga mata penting dalam perlawanan tersebut.
"Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta sokongan padu para penyokong pasti melonjakan lagi semangat barisan pemain untuk meneruskan rentak cemerlang pada perlawanan tersebut.
"Saya gembira selepas mengharungi tujuh perlawanan kebelakangan ini, jentera serangan semakin berbisa dan berjaya menjaringkan gol.
"Situasi ini memulihkan semula moral pemain dan hasilnya ada peningkatan yang dijelmakan dalam setiap perlawanan," katanya ketika sidang akhbar praperlawanan antara Kelantan dengan SHB Da Nang FC di sini hari ini. -

No comments:

Post a Comment