Sunday 17 March 2013

Cara mudah tukar bateri iPhone


BUKA dua batang skru di bahagian bawah telefon iPhone untuk membuka penutup belakang. Tolakkan penutup ke atas untuk membuka keseluruhan penutup.
PEMILIK iPhone sudah pasti berasa iri hati dengan pemilik telefon bimbit lain yang boleh menukar bateri dengan mudah jika berlaku kerosakan.
Bagi kebanyakan pengguna iPhone pula mereka terpaksa ke kedai untuk menukar bateri kerana proses menukarnya yang dilihat agak rumit.
Hal itu menyebabkan pemilik iPhone bukan sahaja terpaksa berhadapan caj yang tidak menentu tetapi, ada ketikanya mereka perlu meninggalkan telefon di kedai kerana proses itu dikatakan mengambil masa lama.
Namun tidak ramai yang sedar sebenarnya proses menukar bateri iPhone itu tidak sukar seperti disangka.
Mari ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh Global Fix Generation untuk menukar bateri iPhone kamu. - AMIRUL/ SHIDDIEQIIN

No comments:

Post a Comment