BUKA dua batang skru di bahagian bawah
telefon iPhone untuk membuka penutup belakang. Tolakkan penutup ke atas
untuk membuka keseluruhan penutup.
Bagi kebanyakan pengguna iPhone pula mereka terpaksa ke kedai untuk menukar bateri kerana proses menukarnya yang dilihat agak rumit.
Hal itu menyebabkan pemilik iPhone bukan sahaja terpaksa berhadapan caj yang tidak menentu tetapi, ada ketikanya mereka perlu meninggalkan telefon di kedai kerana proses itu dikatakan mengambil masa lama.
Namun tidak ramai yang sedar sebenarnya proses menukar bateri iPhone itu tidak sukar seperti disangka.
Mari ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh Global Fix Generation untuk menukar bateri iPhone kamu. - AMIRUL/ SHIDDIEQIIN
No comments:
Post a Comment