Wednesday, 20 March 2013

Allah Memilih Orang Yang Paling Beriman Menjadi Mujahidin

Allah memilih orang paling beriman untuk menjadi Mujahidin
Apabila aku merenung wajah mujahidin, memperhatikan kata-kata mereka.. maka terpancarlah nur iman dari mereka, menyuburkan iman dalam dadaku. Apabila melihat mereka, aku teringatkan Allah. Timbul ketenangan dalam hatiku. Mereka itu bukanlah sepertiku, dan bukanlah seperti kita. Mereka itu mempunyai iman yang besar. Mereka berperang dan menghadapi maut berbekalkan senjata iman yang besar.
Allah telah memilih orang yang paling beriman untuk menjalani kehidupan sebagai mujahidin. Allah memilih mereka yang besar imannya itu untuk menjadi tentera Allah. Adapun kita ini, masih tidur dibuai mimpi dunia, sibuk bercakap-cakap tetapi tidak dipilih oleh Allah untuk menjadi tenteraNya yang menjadikan nyawa dan diri mereka sebagai perisai kepada Islam.
Mereka tidak bersikap lemah untuk menghadapi ujian, mereka tidak bersikap malas untuk bangkit menuju kematian, mereka tidak bersifat kecut untuk menggadai dunia dan diri mereka. Semuanya dilakukan dengan kuat dan teguh semata-mata demi mengikuti arahan Allah.. Semua ini adalah kerana iman mereka. Kita juga membaca arahan Allah tentang perang, tapi reaksi kita ialah menyelewengkan makna ayat Quran, tidak seperti mereka.. mereka mengamalkannya. Kita ini iman lemah.. Wallahua’lam.
Benarlah.. Jihad tidak perlu disebut di hadapan khalayak ramai.. Kerana memperkatakan jihad di hadapan orang yang lemah iman itu akan membuatkan mereka menjadikan diri mereka sebagai munafiq. Jihad tidak akan sanggup dilakukan oleh insan yang lemah iman. Jihad tidak akan mampu ditanggung oleh insan yang lemah iman. Hanya insan yang cahaya imannya itu bersinar terang sahaja yang akan dipilih oleh Allah untuk menjadi tenteraNya. Mereka Allah berikan kekuatan untuk berjihad. Mereka Allah hilangkan rasa gentar terhadap maut dan bahaya serta ancaman. Mereka Allah tunjukkan mereka jalan menuju jihad.
Ya Allah.. Mungkinkah aku ini beriman? Aku tidak akan sanggup untuk merasai sakit sakarotul maut, aku tak sanggup pula untuk merasai sakit azab kubur, aku tidak sanggup juga untuk merasai siksa di padang mahsyar dan tidak sanggup merasai azab neraka. Ya Allah.. Selamatkanlah aku dari semua siksaan dan fitan ini.. Kuatkanlah imanku.. terangi dadaku dengan pancaran cahaya iman.. Dan pilihlah aku menjadi tenteraMu agar dapat aku nikmati kelazatan luka di jalanMu dan kenikmatan syahid di jalanMu, seterusnya selamatkanlah aku dari sebarang siksaan dan masukkanlah aku terus ke dalam syurga..
Ya Allah.. Terangilah dadaku dengan pancaran cahaya iman.. Amin Amin Ya robbal ‘alamin

No comments:

Post a Comment