Menurut pasukan bomba, kejadian itu berlaku ketika kedua-dua helikopter tersebut terbang di paras rendah.
Media tempatan melaporkan, mangsa yang terbunuh merupakan juruterbang salah sebuah daripada helikopter yang bertembung itu.
Stadium itu merupakan gelanggang bagi Sukan Olimpik 1936 yang menyaksikan pelari Amerika Syarikat, kelahiran Afrika, Jesse Owen memungut empat pingat emas, sekali gus merosakkan impian Adolf Hitler untuk mencipta kegemilangan bangsa Aryan melalui sukan dengan menjadi tuan rumah temasya sukan itu menjelang Perang Dunia II.
Beratus-ratus anggota polis sedang menjalani latihan keselamatan sebagai langkah bersiap sedia berdepan dengan peminat pasukan bola sepak yang bertindak ganas setiap kali adanya perlawanan di stadium tersebut. - AFP
No comments:
Post a Comment