Tel Aviv: Sekumpulan penggodam dikenali sebagai Anonymous didakwa
bakal melancarkan serangan terancang terhadap Israel mulai 7 April ini.
Untuk menjayakannya, Anonymous meminta penggodam di seluruh dunia bergabung dan menyertai gerakan #OpIsrael itu.
Menurut Anonymous, misi mereka ialah ‘menghapuskan Israel dari dunia Internet’.
Kenyataan dikeluarkan oleh Anonymous menyebut, penggodam bersetuju
bersatu untuk menentang Israel dan rejim Zionis itu dinasihat supaya
bersedia untuk ‘lenyap’ dari dunia maya. “Ini bukan dilakukan seorang
atau sepasukan penggodam, sebaliknya diusahakan pelbagai gerakan
penggodam seluruh dunia,” kata kumpulan itu. Anonymous berkata, operasi
#OpIsrael itu akan mencatat sejarah sebagai serangan siber terbesar
pernah dilakukan ke atas sesebuah negara. Menurut mereka, berdasarkan
senarai yang dikumpulkan, sebahagian besar daripada penggodam terbabit
berasal dari Timur Tengah. Sementara itu, akhbar Haaretz melaporkan,
kerajaan memandang serius ancaman berkenaan.
Pegawai kanan hal
ehwal Internet Israel, Ofir Ben Avi berkata, kerajaan sedang
mempersiapkan pertahanan bagi menghadapi serangan berkenaan. “Ia
berbeza daripada serangan siber sebelum ini kerana penggodam di seluruh
dunia bergabung menyerang kami,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment