SALAH sebuah kereta perisai berantai
ACV Adnan kelihatan memasuki kawasan operasi bagi memburu pengganas
Kiram dalam Ops Daulat di Lahad Datu, semalam.
Panglima 1 Divisyen Infantri, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, dengan bantuan kereta perisai berkenaan, pihaknya percaya operasi membersih dan menggeladah Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan hari ini.
"Penggunaan kereta perisai berkenaan amat signifikan kerana ia bukan sahaja mempunyai daya perlindungan dan persenjataan yang baik tetapi mampu bergerak di kawasan yang sukar.
"Kalau sebelum ini, operasi banyak terbatas kepada jalan dan kawasan tertentu tetapi dengan kereta perisai berantai ini kita mampu meredah kawasan luar daripada jalan-jalan biasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment