Friday 22 March 2013

Manfaatkan Earth Hour untuk tangani isu perubahan iklim


22/03/2013 2:32pm

KUCHING — Rakyat Malaysia harus memanfaatkan kempen Earth Hour malam esok untuk menilai sumbangan mereka terhadap usaha menangani perubahan iklim, kata aktivis sosial Datuk Seri Ang Lai Soon.
Katanya orang ramai perlu melihat, usaha menjaga kesihatan bumi bukan sekadar dengan memadam lampu selama sejam menerusi kempen itu.
"Earth Hour memberi kita peluang untuk melihat bukan sahaja faedah penjimatan elektrik tetapi juga kos tersembunyi akibat pelepasan gas stesen janakuasa ke atmosfera dan kesannya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Katanya, umum bersetuju perubahan iklim berpunca daripada pelepasan gas stesen janakuasa dan kenderaan bermotor terutama di negara industri.
Menurutnya, kempen tahun lepas yang bertema I will If You Will membawa kepada kewujudan program penanaman semula hutan di Uganda dan Botswana, manakala Rusia pula memperkukuh undang-undang berkaitan pencemaran minyak di laut.
Kempen Earth Hour yang berlangsung esok di seluruh dunia akan bermula di negara ini pada pukul 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment