Thursday, 21 March 2013

MILF: Nur Misuari berbohong


KUALA LUMPUR 20 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim ( gambar) hari ini menyangkal dakwaan Nur Misuari yang menuduh MILF telah dipergunakan oleh Malaysia untuk menuntut Sabah.
Sebaliknya beliau menegaskan dakwaan tersebut semata-mata satu bentuk pembohongan dan pihaknya juga tidak pernah berbincang mengenai isu Sabah dalam rundingan damai.
"Maka ini adalah tuduhan yang tidak munasabah. Sangat tidak berasas. Saya tidak pasti apa niat dia. Pertama sekali, bukan Malaysia yang ingin menuntut Sabah kerana Sabah memang terletak dalam Malaysia.
"Bukan Filipina yang ingin menuntut Sabah. Isu tuntutan Sabah tiada kena mengena dengan rundingan damai antara MILF dan kerajaan Filipina kerana rundingan itu hanya antara Filipina dan masyarakat Bangsamoro," katanya ketika dipetik dalam siaran Buletin Utama TV3, malam ini.
...

No comments:

Post a Comment