Oprah Winfrey
Perkara tersebut didedahkan menerusi majalah Forbes yang meletakkan wanita yang berusia 59 tahun itu di tempat teratas, sekali gus mengatasi pengarah filem terkenal, Steven Spielberg dan Clint Eastwood serta personaliti televisyen lain seperti wartawan terkemuka Barbara Walters dan pakar kewangan Suze Orman.
Sebanyak 48 peratus daripada responden memilih Winfrey sebagai selebriti berpengaruh, hanya turun satu mata daripada tahun lalu.
Senarai tersebut dibuat menerusi undian yang dijalankan oleh syarikat E-Poll Market Research, yang menyenaraikan lebih 7,500 selebriti berdasarkan 46 ciri-ciri personaliti yang berbeza.
No comments:
Post a Comment