Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sentiasa memantau maklumat dari pelbagai sumber termasuk dari media luar yang melaporkan pencerobohan berkenaan.
"Kita sentiasa memantau dan siasatan juga dilakukan merangkumi pelbagai aspek termasuk dakwaan individu yang menjadi dalang di sebalik kejadian berkenaan.
"Itu memang kerja pihak berkuasa, menyiasat dan mengumpul maklumat perisikan tanpa perlu menunggu arahan daripada sesiapa," katanya pemberita pada Majlis Perasmian Balai Polis Sikamat dekat sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
No comments:
Post a Comment