PEMAIN negara, Faizal Saari
menjaringkan gol melalui pukulan penalti pada minit-minit terakhir untuk
menyamakan kedudukan dalam perlawanan dengan India di Stadium Azlan
Shah, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Skuad negara layak sebelum perlawanan terakhir peringkat awal itu bermula selepas pendahulu kedudukan, Australia menang 3-2 ke atas New Zealand, yang menjadi pesaing terdekat anak-anak buah Paul Revington, dalam perlawanan petang tadi.
Kekalahan juara edisi lalu, New Zealand itu memaksa mereka untuk bersaing merebut tempat ke-3/4 dengan Korea Selatan.
India pula akan bertemu musuh tradisi mereka, Pakistan dalam persaingan tempat ke-5/6.
Semua perlawanan akan berlangsung esok
No comments:
Post a Comment