Thursday 21 March 2013

Polis temui kotak berisi 160 peluru di tepi Sungai Muar


LEDANG 21 Mac - Polis menemui sebuah kotak besi yang mengandungi 160 butir peluru senjata jenis M16 dan .38 di tebing Sungai Muar, berhampiran Sekolah Menengah Sains Muar (SMSM) dekat sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kotak besi itu ditemui seorang pekerja rumah burung yang kebetulan mahu mencari umpan untuk memancing di sungai berkenaan.
Beliau berkata, sebaik saja mendapat laporan pukul 12.20 tengah hari, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi dan menemui kotak peluru berkenaan yang terbenam di dalam lumpur.
"Kotak besi berkenaan itu sudah berkarat dan selepas dibuka, sejumlah peluru dalam keadaan elok ditemui di dalamnya. Selepas diperiksa, terdapat satu unit kelopak peluru yang berisi 30 butir peluru M16.
"Turut ditemui, lima kotak peluru yang berisi 100 peluru M16 serta 12 butir peluru M16 yang diisi dalam dua uncang hitam. Polis juga menjumpai 18 butir peluru senjata .38 di dalam kotak besi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment