Katanya, mereka tewas kepada pasukan yang baik dan bertemu Arab Saudi adalah persiapan terbaik mereka (pemain) menjelang kempen Kelayakan Piala Asia 2015 dalam saingan Kumpulan D.
"Saya tengok ada masa kita main dengan baik dan ada tidak. Bagaimanapun saya akui pada separuh masa kedua anak buah saya mampu mempamerkan corak agresif," katanya pada sidang akhbar, selepas aksi persahabatan itu.
Rajagobal juga mengakui bahawa kesilapan pertahanan menjadi punya skuad Harimau Malaya melepaskan gol ketiga dan keempat kepada pasukan lawan.
"Pemain kena sedar di mana tahap mereka dan saya akan menilai kembali selepas ini serta melihat siapa yang sepatutnya diturunkan menjelang perlawanan Jumaat ini.
"Ini adalah perlawanan ujian yang sangat bagus dan semua perlu menerima hakikat di atas kekalahan ini. Anda juga dapat melihat sendiri siapa yang main bagus dan siapa yang tidak bagus," katanya.
Jelasnya, ketiadaan penyerang yang mampu meledakkan gol, turut menjadikan barisan depan skuad negara kelihatan tumpul.
"Kita turun tanpa S. Kunanlan, kalau kita nak main corak menyerang kita kena ada pemain seperti dia. Hanya Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) penyerang sebenar, Amri (Yahyah) pula diletakkan di belakang.
"Kita juga tak ada Safee Sali yang menjadi menjadi penyerang kita sejak dua tahun lalu. Dalam liga kita sekarang cuba lihat siapa yang main sebagai penyerang, kita kena terima hakikat ini, kita tak boleh buat apa-apa," tegasnya.
Sementara itu, jurulatih Arab Saudi, Lopez Caro berkata, mereka telah menggunakan sepenuhnya peluang untuk mencuba pemain dan taktik baru dalam perlawanan malam kelmarin.
"Perlawanan berlangsung dengan baik tetapi kami lebih menumpukan kepada pemain kami berbanding pemain pasukan lawan.
"Gol pertama membangkitkan semangat buat kami, tetapi saya sedar pasukan Malaysia mempamerkan corak permainan yang tersusun," katanya.
No comments:
Post a Comment