Menurut Naib Presiden FC Ryukyu, Sotaro Shinoda, beliau dan tiga lagi wakil dari kelab berpangkalan di Okinawa itu sudah mengadakan sesi temuduga dengan keempat-empat pemain berkenaan, semalam bagi mengetahui sejauh mana keinginan mereka beraksi di Jepun.
Saingan liga divisyen tiga Jepun sudah pun bermula semalam (kelmarin) dan kami ada dua lagi slot pemain untuk didaftarkan selewat-lewatnya hujung bulan ini. Buat masa ini, kami sudah ada dua import dari Korea Selatan dan seorang dari Brazil.
Rozaimi turut jadi tarikan
Wan Zack hampir pasti kami akan ambil manakala seorang lagi akan kami putuskan dalam masa terdekat kerana kami mahu pemain berdasarkan posisi diperlukan, kata Shinoda ketika ditemui pada sesi latihan skuad Harimau Muda A di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang semalam.
Namun jurulatih FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa menampakkan minat selepas melihat aksi penyerang Harimau Muda A, Rozaimi Abd Rahman pada sesi latihan itu meskipun terdahulu beliau membayangkan seorang lagi pemain yang dimahukannya ialah di posisi tengah bertahan.
Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berharap segalanya diselesaikan segera supaya dia dapat membuat senarai akhir pemain untuk berlepas ke Slovakia, awal pagi Sabtu ini.
Saya percaya mereka (FC Ryukyu) akan buat keputusan dalam masa terdekat, mungkin esok (hari ini) dan segalanya tampak positif, jelas Kim Swee.
No comments:
Post a Comment