Kelana Jaya: Di sebalik masalah kepincangan bahagian serangan yang
menghantui skuad kebangsaan ketika ini, ketua jurulatih Datuk K
Rajagobal tetap positif mereka mampu mengambil kesempatan beraksi di
laman sendiri menentang Yaman pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di
Stadium Shah Alam, Jumaat ini.
Baginya beliau sudah mengkaji corak permainan Yaman dan berharap
semua pemain dapat mengikut segala strategi yang bakal diterapkan dalam
perlawanan yang dianggap mesti menang untuk Harimau Malaya terus
bersaing merebut tempat terbaik dalam saingan Kumpulan D.
“Kita
perlu ada keyakinan ketika bermain dengan Yaman, perlu ambil peluang
terbaik ini. Masih ada tanda-tanda positif dalam perlawanan dengan Arab
Saudi sebelum ini, kita jangan terlalu negatif.
“Saya pergi ke Bahrain sebelum ini dan melihat Yaman beraksi tiga
perlawanan. Mereka menggunakan satu formasi saja dalam kesemua
perlawanan itu. Dalam perlawanan pertama Piala Asia menentang Bahrain,
mereka kalah 0-2 tapi mereka bermain baik. Saya sudah memberikan
maklumat mengenai cara Yaman bermain kepada pemain dan terpulang kepada
mereka untuk menggunakannya di atas padang,” kata Rajagobal yang ditemui
pemberita pada sesi latihan semalam.
Harimau Malaya menerima
tamparan hebat menjelang pertemuan dengan Yaman pada aksi kedua
kelayakan Piala Asia apabila tumpas 1-4 di tangan Arab Saudi pada
perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment