Tuesday 19 March 2013

Tasik Berair 'Darah' di Indonesia


Sebenarnya tasik ini bukanlah berair darah ke apa ke, hanya airnya saja yang berwarna merah. Tetapi ia tetap menjadi misteri kerana airnya tetap jernih dan bukan berwarna merah bila dicedok keluar dengan tapak tangan!
Iya, ia memang misteri nusantara! Tetapi ia suatu bukti kekuasaan dan kebesaran Allah swt.

Fakta Ringkas:
  • Berkeluasan enam hektar dan ditemui oleh sekumpulan 21 orang penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam, di Hutan Raje Mandare. Ekspedisi ini dilakukan selama 2 hari.
  • Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.
  • Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya.

No comments:

Post a Comment